Wednesday, 4 December 2013

Kenapa Anda Perlu Pilih Pakej Umrah ini !

Pada bulan Mei 2013, sekali lagi aku di jemput Allah untuk menjadi tetamunya. Untuk kali ini, aku dan beberapa lagi wakil Jemaah Umrah diamanahkan untuk membantu dan membawa jemaah umrah seramai 32 orang. Pada mula segalanya berjalan dengan lancar, sehinggalah tiba tarikh untuk kembali ke tanah air


umrah pakej



Selepas solat dzuhur, sebelum kami mulakan perjalanan untuk pulang. Seperti biasa, kami semua melakukan tawaf wadak dan ketika itu, aku berdoa agar Allah menjemput ku lagi kembali ke sini.


Ketika tiba di Jeddah untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Kami dimaklumkan terdapat kesilapan tiket penerbangan. Setelah perbincangan antara mutawif dan ustaz yang dipertanggungjawabkan, mereka sepakat bersetuju membawa jemaah masuk semula ke tanah suci Mekkah.


Tidak ku sangka, doa ku dimakbulkan .. ekoran kesilapan tiket penerbangan pulang tersebut. Sepatutnya penerbangan untuk membawa group 2, sepatutnya berlepas dari Madinah dan bukannya dari Jeddah seperti yang tertera di tiket penerbangan.


Pada mulanya .. bila mendapat berita tersebut, memang kami rasa sedih. Bayangkan la, kebanyakkan kami memang dah kehabisan wang, membeli barangan untuk dibawa balik ke Malaysia. Jadi kalau nak beli tiket penerbangan .. memang tak mampu.


Masa tu, ada jemaah yang menangis, sedih, dan takut. Namun kami semua berdoa agar semuanya dipermudahkan, berfikir yang baik dan munasabah diri kerana apa yang terjadi pasti ada hikmahNya dan hanya Allah yang maha mengatahui. Kami berserah pada Allah. Kami ditempatkan di Hotel Jeddah selama sehari semalam dan setelah berbincang antara mutawif


pakej umrah ziarah



Rombongan kami kembali ke Mekah Al Mukarammah, dan kami di beri peluang seminggu lagi untuk berada di tanah suci Mekkah. Pada subuh 1 Syaaban 1435 H , kami dapat menyaksikan pintu Kaabah di buka dan di gantikan yg baru. Tidak disangka, itulah hikmah yang kami perolehi. Rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menyaksikan kejadian tersebut yang memang jarang-jarang diperolehi oleh Jemaah lain.


Ketika kami berada seminggu lagi di sana. Semua keperluan dan kebajikan Jemmah ditanggung oleh Syarikat & inilah salah satu sebabnya saya terus memilih Al - Nil Tour & Travel.

1 comment:

  1. wow this good but ,I like your post and good pics may be any peoples not like because defrent mind all poeple , Umrah Package 2020

    ReplyDelete