Bermulanya Episod adalah titik mula penglibatan saya dalam menjadi Wakil Jemaah Umrah. Pada mulanya, niat saya hanya untuk mengerjakan umrah bersama adik beradik dan rakan rakan terdekat, dan menjadi pembimbing kepada mereka yang pertama kali mengerjakan umrah, berdasarkan pengalaman yang saya perolehi daripada ibadah haji dan umrah sebelum ini
Alhamdulillah, segala urusan umrah yang kami lakukan pada ketika itu selesai dengan sempurna, dan pengalaman yang saya perolehi itu, telah membuka jalan kepada saya untuk terus berkecimpung dan menjadi wakil kepada sebuah agensi mengerjakan umrah hingga la sekarang.
Dari situ lah, titik bermulanya episod saya sebagai wakil umrah, yang diamanahkan untuk membantu dan membawa jemaah umrah untuk menunaikan Ibadah Umrah saban tahun.
Ketika diawal karier saya, seramai 9 orang jemaah telah berjaya saya bimbing pada tahun 2011 untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci dan Madinah. Berkat sokongan dari para jemaah yang saya bimbing, dan galakan rakan-rakan terdekat dan sokongan keluarga, saya teruskan usaha untuk membimbing lebih ramai jemaah umrah.
Pada tahun, 2012 , saya berjaya membimbing seramai 26 orang jemaah lagi untuk mengerjakan umrah. Pada masa tu, tidak dapat digambarkan betapa bersyukurnya, kerana sekali lagi diberi peluang untuk mejadi wakil jemaah dan berpeluang mengerjakan Umrah sekali lagi. Alhamdulillah, tanpa sokongan dan kepercayaan dari semua pihak, dan dengan keizinan Allah Subhanahu Wa Ta'ala .. tidak mungkin saya dapat peluang ini.
Daripada pengalaman membawa 2 kumpulan jemaah tersebut, telah memberi satu pengajaran kepada diri saya, bahawasanya untuk mengerjakan umrah ini, bukanlah suatu perkara yang mudah.
Sebenarnya kita perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani. Jangan anggap mengerjakan umrah itu mudah dan hanya sebagai lawatan sahaja. Dari pengalaman saya, dapati ada segelintir jemaah umrah dalam kumpulan saya yang agak kurang bersedia.
Sebenarnya sebelum kita mengerjakan umrah adalah lebih baik kita menghadiri kursus dan penerangan yang diadakan oleh pihak agensi yang terlibat terlebih dahulu. Ini adalah sebagai persediaan kita apabila berada di Tanah suci nanti.
Bukan niat saya untuk menceritakan keburukan orang lain, tetapi hanyalah untuk mengingatkan setiap bakal jemaah yang seterusnya agar lebih bersedia dan memperkemaskan diri dengan ilmu . Ingat tujuan kita mengerjakan umrah adalah untuk beribadat dan bukannya untuk makan angin atau melancong.
Kepada anda yang berminat dan berhajat ntuk mengerjakan umrah pada masa akan datang, silalah lawat ke laman facebook saya : Al Nile Tour & Travel atau hubungi saya, Hjh. Latipah , H/P: 0194811611 untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh, SMS / WhatApp & WeChat menggunakan no telefon tersebut.
InsyaaAllah saya akan cuba membantu dan membimbing kepada yang memerlukan.
JUMPA LAGI ...assalamualaikum .
InsyaAllah satu hari nanti, pasti saya akan ke sana jugak ^__^
ReplyDeleteAlhamdulillah .. ^__^
DeleteHoF Legends is our in-game item collection function and has quickly turn out to 우리카지노 be the most popular addition to our free slot games. Upgrade your collection of legendary legendary beings by collecting chests and tokens. Most machines display the principles on the outside of the machine or have a assist section find a way to|you possibly can} click on on to learn if you're taking part in} online. If you don't see these, ask a slot attendant at the casino or call the customer service quantity in case you are taking part in} online.
ReplyDelete