Wednesday, 27 November 2013

Pengertian Umrah & Hukum Mengerjakan Umrah

Pengertian Umrah dari sudut bahasa , membawa maksud ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak pula, Umrah ditafsirkan sebagai mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.





Hukum Mengerjakan Umrah


Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :


1- Firman Allah swt:



Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.


2- Hadith Aisyah r.a :


Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W:  “Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”.


Menurut Mazhab Syafie, kewajipan mengerjakan umrah, boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam kehidupan seseorang muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa, jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal untuk menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.

No comments:

Post a comment