Kenapa Anda Perlu Pilih Pakej Umrah ini !

on Wednesday, 4 December 2013

Pada bulan Mei 2013, sekali lagi aku di jemput Allah untuk menjadi tetamunya. Untuk kali ini, aku dan beberapa lagi wakil Jemaah Umrah diamanahkan untuk membantu dan membawa jemaah umrah seramai 32 orang. Pada mula segalanya berjalan dengan lancar, sehinggalah tiba tarikh untuk kembali ke tanah air


umrah pakej



Selepas solat dzuhur, sebelum kami mulakan perjalanan untuk pulang. Seperti biasa, kami semua melakukan tawaf wadak dan ketika itu, aku berdoa agar Allah menjemput ku lagi kembali ke sini.


Ketika tiba di Jeddah untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Kami dimaklumkan terdapat kesilapan tiket penerbangan. Setelah perbincangan antara mutawif dan ustaz yang dipertanggungjawabkan, mereka sepakat bersetuju membawa jemaah masuk semula ke tanah suci Mekkah.


Tidak ku sangka, doa ku dimakbulkan .. ekoran kesilapan tiket penerbangan pulang tersebut. Sepatutnya penerbangan untuk membawa group 2, sepatutnya berlepas dari Madinah dan bukannya dari Jeddah seperti yang tertera di tiket penerbangan.


Pada mulanya .. bila mendapat berita tersebut, memang kami rasa sedih. Bayangkan la, kebanyakkan kami memang dah kehabisan wang, membeli barangan untuk dibawa balik ke Malaysia. Jadi kalau nak beli tiket penerbangan .. memang tak mampu.


Masa tu, ada jemaah yang menangis, sedih, dan takut. Namun kami semua berdoa agar semuanya dipermudahkan, berfikir yang baik dan munasabah diri kerana apa yang terjadi pasti ada hikmahNya dan hanya Allah yang maha mengatahui. Kami berserah pada Allah. Kami ditempatkan di Hotel Jeddah selama sehari semalam dan setelah berbincang antara mutawif


pakej umrah ziarah



Rombongan kami kembali ke Mekah Al Mukarammah, dan kami di beri peluang seminggu lagi untuk berada di tanah suci Mekkah. Pada subuh 1 Syaaban 1435 H , kami dapat menyaksikan pintu Kaabah di buka dan di gantikan yg baru. Tidak disangka, itulah hikmah yang kami perolehi. Rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menyaksikan kejadian tersebut yang memang jarang-jarang diperolehi oleh Jemaah lain.


Ketika kami berada seminggu lagi di sana. Semua keperluan dan kebajikan Jemmah ditanggung oleh Syarikat & inilah salah satu sebabnya saya terus memilih Al - Nil Tour & Travel.

Wakil Jemaah Umrah - Bermulanya Episod

on Thursday, 28 November 2013

Bermulanya Episod adalah titik mula penglibatan saya dalam menjadi Wakil Jemaah Umrah. Pada mulanya, niat saya hanya untuk mengerjakan umrah bersama adik beradik dan rakan rakan terdekat, dan menjadi pembimbing kepada mereka yang pertama kali mengerjakan umrah, berdasarkan pengalaman yang saya perolehi daripada ibadah haji dan umrah sebelum ini


Wakil Jemaah Umrah - Bermulanya Episod



Alhamdulillah, segala urusan umrah yang kami lakukan pada ketika itu selesai dengan sempurna, dan pengalaman yang saya perolehi itu, telah membuka jalan kepada saya untuk terus berkecimpung dan menjadi wakil kepada sebuah agensi mengerjakan umrah hingga la sekarang. Dari situ lah, titik bermulanya episod saya sebagai wakil umrah, yang diamanahkan untuk membantu dan membawa jemaah umrah untuk menunaikan Ibadah Umrah saban tahun.


Ketika diawal karier saya, seramai 9 orang jemaah telah berjaya saya bimbing pada tahun 2011 untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci dan Madinah. Berkat sokongan dari para jemaah yang saya bimbing, dan galakan rakan-rakan terdekat dan sokongan keluarga, saya teruskan usaha untuk membimbing lebih ramai jemaah umrah.


Pada tahun, 2012 , saya berjaya membimbing seramai 26 orang jemaah lagi untuk mengerjakan umrah. Pada masa tu, tidak dapat digambarkan betapa bersyukurnya, kerana sekali lagi diberi peluang untuk mejadi wakil jemaah dan berpeluang mengerjakan Umrah sekali lagi. Alhamdulillah, tanpa sokongan dan kepercayaan dari semua pihak, dan dengan keizinan Allah Subhanahu Wa Ta'ala .. tidak mungkin saya dapat peluang ini.


pakej umrah ziarah



Daripada pengalaman membawa 2 kumpulan jemaah tersebut, telah memberi satu pengajaran kepada diri saya, bahawasanya untuk mengerjakan umrah ini, bukanlah suatu perkara yang mudah.


Sebenarnya kita perlu bersedia dari segi rohani dan jasmani. Jangan anggap mengerjakan umrah itu mudah dan hanya sebagai lawatan sahaja. Dari pengalaman saya, dapati ada segelintir jemaah umrah dalam kumpulan saya yang agak kurang bersedia.


Sebenarnya sebelum kita mengerjakan umrah adalah lebih baik kita menghadiri kursus dan penerangan yang diadakan oleh pihak agensi yang terlibat terlebih dahulu. Ini adalah sebagai persediaan kita apabila berada di Tanah suci nanti.


Bukan niat saya untuk menceritakan keburukan orang lain, tetapi hanyalah untuk mengingatkan setiap bakal jemaah yang seterusnya agar lebih bersedia dan memperkemaskan diri dengan ilmu . Ingat tujuan kita mengerjakan umrah adalah untuk beribadat dan bukannya untuk makan angin atau melancong.


Kepada anda yang berminat dan berhajat ntuk mengerjakan umrah pada masa akan datang, silalah lawat ke laman facebook saya : Al Nile Tour & Travel atau hubungi saya, Hjh. Latipah , H/P: 0194811611 untuk keterangan lanjut. Anda juga boleh, SMS / WhatApp & WeChat menggunakan no telefon tersebut.


InsyaaAllah saya akan cuba membantu dan membimbing kepada yang memerlukan.


JUMPA LAGI ...assalamualaikum .

Pengertian Umrah & Hukum Mengerjakan Umrah

on Wednesday, 27 November 2013

Pengertian Umrah dari sudut bahasa , membawa maksud ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak pula, Umrah ditafsirkan sebagai mengunjungi baitullah (Kaabah) untuk mengerjakan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.





Hukum Mengerjakan Umrah


Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap orang yang mampu. Ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :


1- Firman Allah swt:



Maksudnya : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.


2- Hadith Aisyah r.a :


Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?” Jawab Baginda S.A.W:  “Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”.


Menurut Mazhab Syafie, kewajipan mengerjakan umrah, boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam kehidupan seseorang muslim. Seseorang itu tidak dikira berdosa, jika menangguhkan kewajipan umrah ini apabila sudah cukup syarat kemampuan selama mana dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia. Namun begitu, adalah afdal untuk menyegerakan kewajipan umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajipan ini atas diri seseorang muslim.

Pakej Umrah & Ziarah 2014 / 1435 Hijrah

on Tuesday, 12 November 2013

Berikut adalah pakej terkini untuk Pakej Umrah & Ziarah 2014 / 1435 Hijrah. Sekiranya anda berminat dengan mana-mana pakej tersebut, sila hubungi saya , Hjh. Latipah , 0194811611 untuk keterangan lanjut.

Pakej Umrah & Ziarah 2014

"Umrah ke umrah berikutnya menghapuskan (dosa2 kecil)yg ada antara kedua nya dan haji yg mabrur ( yg d terima)tida balasan baginya melainkan syurga" Sabda Rasulullah S.A .W.


( JADUAL UMRAH & ZIARAH THN 2014 /1435 HIJRAH.)
Bulan Februari 2014
Umrah & Ziarah Istambul 4 Hari
RM 7200.00 / Turkish Airlines
Lawatan 4 hari ke Istambul
Berlepas dari Pulau Pinang Dgn MAS


Bulan Februari
Umrah / Dari KLIA
RM 5400.OO
Emarites Airlines
Berlepas dari KLIA


Bulan Februari
Umrah terus ke Jeddah
RM 5800.00
Malaysia Airlines
Berlepas dari Pulau Pinang


Bulan Mac
Umrah terus ke Jeddah
RM 5800.00
Emarites Airlines
Berlepas dari KLIA


Bulan Mac
Umrah terus ke Madinah
RM5950.00
Emarites Airlines
Berlepas dari Pulau Pinang


Bulan Mei
Umrah cuti sekolah ke Jeddah
RM6350.00
Malaysia Airlines
Berlepas dari Pulau Pinang.


( Daftar Awal agar anda tidak kecewa, Pengurusan yang baik, membawa ketenangan dalam mengerjakan ibadat, insya Allah )

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Hjh. Latipah H/P:019 481 1611


 
© Pakej Umrah Ziarah All Rights Reserved
Pakej Umrah Ziarah